BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 22, 2009

Menyelami taqwa


TAQWA


Bila tibanya Ramadhan, manusia mula mengenal erti taqwa. Tapi, adakah kita selami erti taqwa yang sebenarnya?Di sini adalah senarai daripada rakan-rakan christchurch semasa SISTERS QURANIC TALK 2;


1) tingkatkan iman

2) menaikkan tahap amal

3) takutkan Allah



Saya beri satu analogi, di New Zealand , pointer yang tertinggi ialah 9 .


Di Malaysia ialah 4.


Jika di sekolah menengah sains ialah 10A1 dan di sekolah agama ialah 12A1.


Bukan calang-calang orang yang mampu capai pointer tertinggi ini. Dan jika kita lihat, mereka ini ialah golongan yang selalunya unik, mujahadah dalam pembelajaran, selalu bertanya pada guru dan juga rakan, siap awal assignment dan sebagainya. Semestinya mendapat 'reward' yang memberangsangkan seperti dapat meneruskan pelajaran di luar negara dan mendapat biasiswa.Bukan begitu?


Ini yang kita mahukan di bulan ramadhan. 'reward'-taqwa yang hanya Allah sahaja dapat memberi anugerah ini kepada ini. Jadi, inilah gunanya berpuasa di bulan ramadhan.


Dari segi persepsi Melayu, kebanyakannya menganggap puasa itu hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sehingga terbenam fajar. Tetapi sebenarnya, kita juga harus ingat! Bukan hanya lapar dahaga, kita haruslah mengurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat seperti mendengar lagu, menonton tv dan sebagainya. Sebaliknya, kita gunakan masa ini dengan rasa bertuhan. Mendekatkan diri pada Allah dengan me'lagu' kan kalimahnya, berzikir padanya.


Cuba kita lihat pada imam syafie, beliau mengkhatam al-quran dua kali dalam masa sehari! Masyaallah! Bandingkan lah diri kita dengan beliau. Seharusnya ini dapat dijadikan tauladan.


Teringat akan sebuah hadis di mana Saidina Ali berkata, taqwa itu seperti apabila kita berjalan di satu jalan yang penuh dengan kaca, kita akan mengangkat sedikit kain dan perjalanan dengan penuh berhati-hati supaya tidak terkena dengan serpihan kaca-kaca. Sahabat sekalian, itulah pengertian taqwa.


Taqwa yang sebenar ialah berhati-hati.


Dengan Allah, Rasul , diri sendiri dan orang lain..


Dalam hadis 35, taqwa itu di sini(hati). kita..kita sendiri juga dapat menilai sejauh mana nilai taqwa kita.


Firman Allah S.W.T:


““ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)


Wallahua'lam






0 comments: