BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 21, 2010

Da'ie

Dai itu lupa dirinya. Dia tidak Nampak kecuali mad’unya. Perkataannya hanya memberi kebaikan pada mad’unya. Dunia da’I adalah luas tanpa had, tanpa perniagaan, tiada keinginan sendiri dan mengejar pangkat. Semua itu tiada dalam dunianya. Yang ada di dalam dunia hanyalah para mad’u yang didakwahnya. Itulah perniagaannya, keseronokan dan pangkatnya.
Dia seolah2x manusia tanpa nafsu, tanpa keinginan dan tanpa keseronokan dunia. Dia lupa makan minum pakaiannya. Bahkan lupa dirinya sendiri kerana mengenangkan makhluk Allah swt. Di dalam hatinya tidak ada dirinya. Yang ada hanyalah makhluk Allah(mad’unya). Apa yang dimintanya hanyalah perkara yang boleh membawa kebaikan kepada manusia kerana dia telah menyerahkan dirinya kepada qada’ Allah swt.
Itulah da’I contoh.
“Demi Allah, dakwah ini tidak akan Berjaya dan sampai ke mana sekiranya kita hanya memberikannya waktu lebihan untukknya, dan kita belum melupai diri dan makan minum kita’

Asing

Aku hidup dalam dunia jahiliah
Dia Muslim, tetapi watak Kafir
Sakit mata memandang jahiliah
Apakah orang peduli?
Aku asing di bumi jahiliah
Dapatkah aku dipahami?
Aku belajar dalam acuan jahiliah
Sedang menanti menangnya Islam
Walau semua jahiliah
Aku masih bernafas dengan HidayahNya
Syukur…
Sekitarku jahiliah, adakah Islam telah pergi?

29/09/10
Dalam kelas Stat315

Sunday, April 18, 2010

Luahan 3

Wahai diri..
Jadikan dirimu
bagai pohon yg rendang
di mana insan dapat berteduh
Jangan seperti pohon kering
tempat sang pungguk
melepas rindu
dan hanya layak dibuat
kayu api...

Luahan 2

"Bila hati cintakan ISLAM
masa terlalu singkat
buatmu
kerana gerak kerja ISLAM
terlalu banyak
menantimu...
INGATLAH ALLAH
di setiap langkahmu
dan
perkiraan masamu"

~smile again~

Friday, April 16, 2010

Driving

Rombongan kali ini sememangnya banyak memberi ibrah padaku. Bayangkan aku baru sahaja belajar kereta di New Zealand ni, memang tidak pernah membawa kereta di Malaysia. Kali ini aku diuji menjadi driver untuk rombongan. Amanah yang Allah beri ini aku terima.

Rombongan kami bermula dari Christchurch up to Nelson..hendak dikatakan majoriti bahagian utara di South Island kami redah. Hendak dijadikan cerita trip kami dipecahkan menjadi 2 trip kerana kekangan yang melanda. Nak cerita kat sini kita merancang dengan cita2x tetapi Allah merancang dengan cintaNya. He knows the best! Jadi group pertama sudah pergi dahulu dan group kedua bertolak pada esok hari.

Aku n Kak sal wakil group kedua. Nak kate pengalaman driving kami, kak sal baru sahaja kali kedua driving MPV dan aku pula baru sahaja berjinak2x dengan kereta ni..xpernah bawa kereta ke destinasi yang jauh2x dan lama..Jadi, inilah pengalaman kami yang masing2x memang ada kenangan manis tersendiri..

Aku belajar tazkirah kematian semasa memandu ni..Aku merasakan ada dua kejadian yang menyebabkan aku hampir2x kemalangan. Alhamdulillah Allah selamatkan kami dan aku memang banyak belajar dari bab3x ni..Aku belajar yang memang NIAT tu sgt penting bila kita berbuat sesuatu perkara. . Aku sangat merasakan ada CCTV dari ALLAh ketika waktu tersebut.... Detik2x mencemaskan itu memang tersimpan dalam memoriku yang x mampu aku coret di sini..memang dapatku rs Allah syg kami..

" Ya Allah, jgnlah matikan daku kecuali dalam keadaan Muslim'

Detik ni mengajar aku NIAT kerana Allah sblm membuat sesuatu..seandainya kita ditarik nyawa ketika kita berniat kerana Allah, inshaAllah boleh dapat syahid..tetapi jika sebaliknya? Wallahua'lam...

Wednesday, March 17, 2010

Luahan 1

Wahai diri,

Setiap yang bernyawa pasti kn mati,
Dunia ini medium persinggahan,
Dah cukupke bekalan ke akhirat?
Dah sedia ke kau temui Tuhanmu?
Allah akan tarik nyawa kau anytime.
Mungkin hari ini, esok, lusa.....
Cepat! Cepat!
Sediakan bekalan kat sini,
Biar kau lega bertemu Allah nanti!

"Ya Allah, Janganlah Kau matikan diriku melainkan dalam keadaan Muslim"

Wednesday, February 3, 2010

FLY HIGH 2010



Alhamdulillah, selesai sudah Fly High 2010 yang dianjurkan oleh INTELEK dan juga ILUVISLAM sebagai media partner. Program ini disediakan khas untuk adik-adik yang akan 'terbang tinggi' ke oz dan nz. Sungguh seronok apabila melihat adik-adik yang begitu aktif dalam setiap aktiviti- aktiviti. Boleh dikatakan kesemua aktiviti merupakan aktiviti dua hala kerana mereka sangat banyak bertanya dan juga memberikan pendapat. Fly HIgh juga amat bertuah kerana mempunyai 'speaker-speaker otai' yang berpengalaman di luar negara seperti ust Hasrizal, ustaz fadzil, dan Associate Prof Dr. Mohd Hamdi Bin Abd. Shukor. Memang berbaloi dapat mendengar pengalaman dan ceramah mereka. Harapnya agar semua mendapat ape yang mereka perlukan sebagai bekalan ke luar negara.

video

Ini adalah lagu tema untuk FH2010. Memang layanlah!Saya suka chorus " Dakilah gunung yang tinggi untuk mencapai cita-citamu Gapailah bintang yang kerlip untuk menerangi hatimu yang lemah ini'




Faci senyum nampak gigi! :)) Sentiasa tersenyum melayan karenah para peserta. InshaAllah moga FH boleh buat yang terbaik di masa hadapan.