BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 9, 2010

Semut Oh Semut!




Seperti biasa, aku mengangkat jemuran di luar rumah. Bukanlah cerita jemuran yang ingin dibangkitkan, ianya ialah kathirat(lintasan hati)yang Allah beri hari ini padaku.

" Ya Allah, banyak pula rumpai-rumpai dekat rumput ni!"

" Eh? Bila pula ada rumah semut dekat sini.Dua hari lepas tak ada! Dahla ada dua rumah semut, besar pulak tu!"

Hatiku berbicara tatkala mengangkat jemuran. Baruku sedar halaman belakang rumah yang sudah lama tidak diurus. Lama juga aku merenung rumah-rumah semut itu.

" Bagusnya semut-semut ni! Badan semua kecil belaka tetapi boleh 'membina' rumah yang besar dalam sekelip mata. "

Perihal semut

{"Hingga ketika mereka sampai di lembah semut,berkatalah seekor semut, "Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari."- Al-Naml 27:18-}



Mari tadabbur ayat di atas.


Sunnatullah sang semut bekerja berkumpulan. Mereka boleh membina lembah bersama. Berkomunikasi antara satu sama lain. Bak kata Wonderpets," Apa yang penting? KERJASAMA!".

Dan yang paling mengharukan, sang semut memastikan rakan- rakannya berada dalam keadaan yang selamat.





Sangat KASIH dan CINTA sang semut pada rakannya bukan?



Apa ibrahnya?

Segala ayat- ayat al-quran yang diturunkan di bumi ini sememangnya sangat berguna untuk manusia sebagai khalifah. Kisah ini diturunkan untuk kita supaya kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.

Begitu juga kisah sang semut.

Umat Islam masa kini harus BERSATU , BERKERJASAMA untuk menegakkan Islam di bumi. Islam tidak akan tertegak selagi Muslim tidak BERSATU. Lihat sahaja keadaan di Gaza. Muslim di Gaza telah bersatu untuk menegakkan Islam, pertahankan Gaza tetapi mendapat halangan di negara- negara Jiran seperti Mesir! Di mana negara- negara Islam? Jangan sampai satu hari nanti umat islam tidak lagi ber'roh'kan Islam!

Contohilah semut wahai jiwa! Ingatlah Sesungguhnya Allah mencintai orang- orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, seperti bangunan yang tersusun kokoh.{ As-Saff 61:4}

Sedang muhasabah diri. Hendak juga share analogi tentang Taqwa. Taqwa itu seperti semut hitam di malam yang gelap berdiri di atas batu hitam.:))

Wallahua'lam

0 comments: