BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 3, 2010

FLY HIGH 2010



Alhamdulillah, selesai sudah Fly High 2010 yang dianjurkan oleh INTELEK dan juga ILUVISLAM sebagai media partner. Program ini disediakan khas untuk adik-adik yang akan 'terbang tinggi' ke oz dan nz. Sungguh seronok apabila melihat adik-adik yang begitu aktif dalam setiap aktiviti- aktiviti. Boleh dikatakan kesemua aktiviti merupakan aktiviti dua hala kerana mereka sangat banyak bertanya dan juga memberikan pendapat. Fly HIgh juga amat bertuah kerana mempunyai 'speaker-speaker otai' yang berpengalaman di luar negara seperti ust Hasrizal, ustaz fadzil, dan Associate Prof Dr. Mohd Hamdi Bin Abd. Shukor. Memang berbaloi dapat mendengar pengalaman dan ceramah mereka. Harapnya agar semua mendapat ape yang mereka perlukan sebagai bekalan ke luar negara.



Ini adalah lagu tema untuk FH2010. Memang layanlah!Saya suka chorus " Dakilah gunung yang tinggi untuk mencapai cita-citamu Gapailah bintang yang kerlip untuk menerangi hatimu yang lemah ini'




Faci senyum nampak gigi! :)) Sentiasa tersenyum melayan karenah para peserta. InshaAllah moga FH boleh buat yang terbaik di masa hadapan.

0 comments: