BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 10, 2009

Di rumah putih itu.

Di rumah putih itu,
Ku jejakkan langkah,
Untuk bertemu denganmu,
Di setiap malam yang syahdu,
Menghayati,
Menyatakan rasa rindu padamu,
Aku bersyukur dipertemukan denganmu,
Oh Ramadhan.
Aku merinduimu.

Di rumah putih itu,
Ku rasai manisnya ukhuwah,
Ukhuwah saudara semuslim,
Ya inilah keluargaku,
Keluarga yang ingin berada,
Di syurga firdaus bersama.

Di rumah putih itu,
Aku syahdu,
Menatap butir-butir kalimahMu,
Bergetar jiwaku,
Mendengarkan alunan bait-bait kataMu,
Menitis air mataku,
Di saat witir terakhir setiap malamMu,
Sejuk hatiku,
Memohon kemaafan padaMu,
Juga saudara seislamku.

Seandainya ini ramadhan terakhirku,
Ku mohon maaf atas kesalahanku,
Ampunkan aku Ya Allah!
Syukran YA Allah,
kerana pertemukan aku
Dengan ramadhan,
Di rumah putih itu.


P/S: rumah putih merujuk kepada White Pavilion di tengah ilam field.

0 comments: