BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 10, 2009

Hadiah bernilai buat diri

Nur Hidayah binti Ahmad
Sahabat yang sejati

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah barakatuh...

Salam sayang untuk sahabat yang sangat kusayang,
Alhamdulillah, bertambah lagi sehari waktu yang Allah bagi untuk kita sama-sama kumpul bekalan kat dunia ni.Bersyukur yang amat sangat atas kurniaan nikmat Islam dan Iman yang mengiringi setiap langkah kita, Nikmat yang akan mentsabatkan kita pada jalan yang kita pilih ni, InsyaAllah.

Sahabatku sayang,
Ku sedar diri ini tidak cukup sempurna untuk digelar sahabat sejati namun ketahuilah bahawa, dirimu sentiasa dihati.Ku sedar diri ini amat mudah tersilap langkah memilih kata, namun ketahuilah, bukan itu yang ku impi. Tiada rela dihatiku melukai sabahat ini yang sentiasa menemani. Maaf kupohon atas apa jua salah laku dan kata diri ini.

Sahabatku sayang,
Jalan juang yang kita pilih, takkan pernah mudah. Bersedialah untuk susah. Mujahadah setiap kata hati untuk Nya. Hanya DiA saja. Ku mengharapkan agar tiada kepentingan diri menlingkari jalan juang kita ini, ameen ya Rabb. Terus tsabat pada jalan yang telah Allah pilihkan untuk kita. Sesungguhnya itu adalah yang terbaik. Semoga Allah mempertemukan kita di syurgaNYA yang amat ku dambakan, InsyaAllah.

Sahabatku sayang,
Di hari lahirmu ini, ku muhasabah diri ini. Hari untukku bersatu dalam barisan menegakkan syariat Islam semakin berkurangan. Namun usaha yang disandarkan, amal yang dilakukan tidak langsung menggambarkan itu. Hari makin suntuk. Moga Allah memberi kesempatan untuk kita terus berjuang...

Salam sayang fillah...

DIANA

~Jazakillahukhairan jazak kepada sahabat sejatiku. Terharu , bergetar hati dan menitiskan air mata ketika membaca coretan hatimu. Ssesungguhnya nilaian coretan ini sememangnya tidak dapat digambarkan kerana terlalu mahal umpama dek permata berlian. Moga Allah tempatkan kita bersama di jannah firdausi.. Ameen..Luv u always:)

0 comments: