Hari itu aku dan ibuku dikejutkan oleh pertanyaan si kecil.
" Mak, bila Mairah MATI?"
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Mulutku lantas berkata, " Kita mana tau bila nak mati! If kita tau, dah lama kita bersedia untuk mati."
" Mairah kecik lagi, mana boleh mati. Orang tua nanti mati dulu. Budak kecik x mati dulu"- mak cuba menenangkan hati adik.
Aku tersedar , tersentak dari ucapanku. Apakah yang keluar dari mulutku? Persoalan adik sememangnya menimbulkan sedikit kesal pada diriku. Seharusnya aku menjawab bahawa kita seharusnya sentiasa bersedia untuk mati. Lakukan ibadah khusus dan wajib. Hidup kerana Allah swt. Namun, adakah adik faham jika diriku berbicara seperti ini?
Biarlah jelas matlamat hidup sejak dari kecil kerana kita berasal dari fitrah Islam yang suci. Malah semua anggota kita sudah Islam sejak kita diciptakan. Cumanya bila kita meningkat dewasa, suasana dan diri kita menjadikan kita lari dari acuan fitrah Islam .
Janganlah bila diri meningkat tua baru hendak terngadah. Setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Ingat tu wahai diri yang lemah!
Ya Allah!
Rahmatilah keluargaku! Berkatilah hidup kami dunia akhirat . Jadikanlah kami sebahagian dari ahli syurga. Amin
Sayang abah, mak, ayu , ika , ati dan mairah:))
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
syaitan dan manusia
14 years ago
0 comments:
Post a Comment