Rombongan kali ini sememangnya banyak memberi ibrah padaku. Bayangkan aku baru sahaja belajar kereta di New Zealand ni, memang tidak pernah membawa kereta di Malaysia. Kali ini aku diuji menjadi driver untuk rombongan. Amanah yang Allah beri ini aku terima.
Rombongan kami bermula dari Christchurch up to Nelson..hendak dikatakan majoriti bahagian utara di South Island kami redah. Hendak dijadikan cerita trip kami dipecahkan menjadi 2 trip kerana kekangan yang melanda. Nak cerita kat sini kita merancang dengan cita2x tetapi Allah merancang dengan cintaNya. He knows the best! Jadi group pertama sudah pergi dahulu dan group kedua bertolak pada esok hari.
Aku n Kak sal wakil group kedua. Nak kate pengalaman driving kami, kak sal baru sahaja kali kedua driving MPV dan aku pula baru sahaja berjinak2x dengan kereta ni..xpernah bawa kereta ke destinasi yang jauh2x dan lama..Jadi, inilah pengalaman kami yang masing2x memang ada kenangan manis tersendiri..
Aku belajar tazkirah kematian semasa memandu ni..Aku merasakan ada dua kejadian yang menyebabkan aku hampir2x kemalangan. Alhamdulillah Allah selamatkan kami dan aku memang banyak belajar dari bab3x ni..Aku belajar yang memang NIAT tu sgt penting bila kita berbuat sesuatu perkara. . Aku sangat merasakan ada CCTV dari ALLAh ketika waktu tersebut.... Detik2x mencemaskan itu memang tersimpan dalam memoriku yang x mampu aku coret di sini..memang dapatku rs Allah syg kami..
" Ya Allah, jgnlah matikan daku kecuali dalam keadaan Muslim'
Detik ni mengajar aku NIAT kerana Allah sblm membuat sesuatu..seandainya kita ditarik nyawa ketika kita berniat kerana Allah, inshaAllah boleh dapat syahid..tetapi jika sebaliknya? Wallahua'lam...
Friday, April 16, 2010
Driving
Posted by fathatulain at 6:43 PM 0 comments
Labels: Kisah hidup
Monday, January 25, 2010
KIBAR 2010


Sudah seminggu berlalu, terlalu banyak input dan pengalaman aku rasai untuk dikongsi bersama. KIBAR(Kursus intensif bahasa Arab) adalah salah satu 'summer programme' yang aku sertai. Kami mendalami tatabahasa/ nahu bahasa arab al-quran. Sungguh seronok apabila dapat belajar sebab kita juga dapat dekatkan diri kita dengan kefahaman al-quran. Kadang2x ada terjemahan bahasa melayu yang kurang tepat. Oleh itu, memang disarankan untuk kita semua belajar bahasa arab al-quran ni.
Melalui ayat-ayat al-quran, jika kita belajar tatabahasa al-quran, kita boleh tahu samada ayat tersebut dalam 'past tense' or 'continuous/future tense'. Itu yang best!
Nak juga berkongsi satu link yang menarik, yang diberi oleh seorang sahabat. Jazakallah pada sahabat ni. http://corpus.quran.com/treebank.jsp?chapter=100
Moga selepas ni, kita lebih istiqamah untuk memahami isi- isi al-quran. Marilah kita dekatkan diri dengan mukjizat al-quran ye rakan-rakan
Posted by fathatulain at 5:30 AM 0 comments
Labels: Kisah hidup
Wednesday, January 13, 2010
Mati?
Hari itu aku dan ibuku dikejutkan oleh pertanyaan si kecil.
" Mak, bila Mairah MATI?"
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Mulutku lantas berkata, " Kita mana tau bila nak mati! If kita tau, dah lama kita bersedia untuk mati."
" Mairah kecik lagi, mana boleh mati. Orang tua nanti mati dulu. Budak kecik x mati dulu"- mak cuba menenangkan hati adik.
Aku tersedar , tersentak dari ucapanku. Apakah yang keluar dari mulutku? Persoalan adik sememangnya menimbulkan sedikit kesal pada diriku. Seharusnya aku menjawab bahawa kita seharusnya sentiasa bersedia untuk mati. Lakukan ibadah khusus dan wajib. Hidup kerana Allah swt. Namun, adakah adik faham jika diriku berbicara seperti ini?
Biarlah jelas matlamat hidup sejak dari kecil kerana kita berasal dari fitrah Islam yang suci. Malah semua anggota kita sudah Islam sejak kita diciptakan. Cumanya bila kita meningkat dewasa, suasana dan diri kita menjadikan kita lari dari acuan fitrah Islam .
Janganlah bila diri meningkat tua baru hendak terngadah. Setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Ingat tu wahai diri yang lemah!
Ya Allah!
Rahmatilah keluargaku! Berkatilah hidup kami dunia akhirat . Jadikanlah kami sebahagian dari ahli syurga. Amin
Sayang abah, mak, ayu , ika , ati dan mairah:))
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Posted by fathatulain at 6:24 AM 0 comments
Labels: Kisah hidup
Monday, January 11, 2010
Wednesday, August 5, 2009
" Hi, I'm from Student life. i want to tell you unfortunately, you are not winning the ipod, but would you like to receive free magazine from us?""Meet me at UCSA, and i'll give you the magazine and we can chat after that"
Telefon dari minah saleh ni mengejutkan aku.
" Okay, we meet tomorrow."
Kathiratku: Wahai diri, sudahkah kau bersedia nk menjawab soalan minah saleh ni kejap lagi? harap dapat buat yang terbaik!!
Langkahku semakin hampir.
"Hi, I'm xxxx.Lets talk overthere. " Tangannya menunjukkan arah UCSA cafe.
Kami memperkenalkan diri masing-masing. Tidak perlu aku ceritakan perihal diriku di blog ini. Dia- mendapat degree History and Art dan sekarang bekerja di Student Life.
"Actually student life is organised by Christian. This is Christian magazine. What is your religion?"
"Oh, I'm Muslim" sambil tersenyum
"What is your view about religion?"
" I do believe that Islam, Jews and Christian are a religion that come from Allah. They come from a light that shines into three different holes in a roof of a house. For those who admit only One God and they follows the word from God in the holybooks, they will be in the paradise"-aku cuba memberikan analogi padanya.
Posted by fathatulain at 9:06 PM 0 comments
Labels: Kisah hidup
Pertemuan yang bukan secara kebetulan, tetapi telah ditakdirkan.
Sudah lama diri ini tidak muncul di ISS.Jika dulu(semester pertama), aku selalu singgah sebentar sesudah menunaikan solat fardhu di surau. Yalah, hanya mahu berehat sebentar dari study. Baru hari ini aku tergerak hati untuk datang ke sana. Entah mengapa, rasa seperti takut-takut akan sesuatu yang menyebabkan aku tidak datang dalam tempoh masa yang lama.
Teringat akan hari aku memberi sebuah buku bertajuk 'Women In Islam' kepada Xi yang bekerja di ISS.
Posted by fathatulain at 6:41 AM 0 comments
Labels: Kisah hidup



